JUN 2022

Sarawak, Singapura Bincang Pelaburan, Perdagangan


SINGAPURA: Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Perdagangan dan Industri dan Menteri Kebudayaan, Komuniti dan Belia Singapura, Low Yen Ling dalam rangka lawatan rasmi ke sini hari ini.

Pada mesyuarat itu, Awang Tengah dan Low membincangkan perkara yang mempunyai kepentingan bersama dan kemungkinan mewujudkan kerjasama terutama dalam bidang pelaburan dan perdagangan dengan Singapura yang menjadi rakan penting Sarawak.

Ini susulan jarak negeri ini dekat dengan Singapura yang dikatakan sebagai pintu perdagangan global.

Hadir sama Penasihat (PKS) MINTRED Sarawak, Datuk Mohd. Naroden Majais, Pemangkua Setiausaha Tetap MINTRED, Dzulkornain Masron dan Pegawai Tugas-tugas Khas MINTRED, Datu Liaw Soon Eng.

Pengarah Kanan (ASEAN dan Asia Tenggara dan Bahagian Oceania) MTI Singapura, Ho Chee Hin, Timbalan Pengarah (Asia Tenggara dan Bahagian Oceania) MTI, Melissa Lee, Penolong Pengarah Kanan (Asia Tenggara dan Bahagian Oceania) MTI, Koh Liang Wei dan Pengurus Kanan Bahagian Rakankongsi Wilayah EDB, James Chia.

Sumber dari : Jiwa Bakti